Kuih Koci

Resepi Kuih Koci 

Bahan-bahan:

Bahan-bahan inti:

  1. 1 biji kelapa parut
  2. ½ cawan gula kabung
  3. 1 cawan gula pasir
  4. 2 helai daun pandan
  5. ½ cawan air 

Bahan-bahan kuih:

  1. 1 bungkus tepung pulut
  2. 2 mangkuk santan (½ mangkuk santan di masak hingga pecah minyak)
  3. ½ sudu teh garam
  4. Daun pisang yang telah di layur secukupnya

 

Cara Membuat Kuih Koci:

Cara membuat inti:

  1. Gaulkan semua bahan-bahan inti dalam kuali dan jerangkan ke atas api yang sederhana.
  2. Kacaukan inti hingga merengas dan separa kering. Angkat dan ketepikan.

Cara membuat Kuih:

  1. Gaul rata tepung pulut dan santan bersama garam. Uli adunan ini hingga menjadi satu doh yang lembut dan boleh di bentuk.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang sederhana besarnya. Bentukkan adunan dan isikan inti tadi di tengahnya. Bulat-bulatkan dan celup ke dalam santan masak.
  3. Bungkus adunan itu dengan daun pisang. Buat sehingga selesai.
  4. Panaskan kukusan.
  5. Masukkan bungkusan-bungkusan tadi ke dalam kukusan.
  6. Kukus selama 20­ hingga 30 minit (sehingga masak).
  7. Kuih koci siap untuk dihidangkan.