Kuih Koci Labu

Resepi Kuih Koci Labu

Bahan-bahan:

Bahan-bahan inti:

  1. 1/2 biji kelapa inti (diparut)
  2. 2 -3 keping gula melaka
  3. Gula pasir
  4. 2 helai daun pandan dikoyak dan disimpul
  5. Air kelapa (juga boleh digantikan dengan air kosong biasa)
  6. 1 sudu besar tepung gandum

Bahan-bahan kuih:

  1. 1 cawan labu yang telah direbus dan dilenyek
  2. 1 1/4  cawan tepung pulut
  3. Sedikit garam halus

 

Cara Membuat Kuih Koci:

Cara membuat inti:

  1. Masak gula melaka dengan air kelapa hingga gula hancur.
  2. Masukkan simpulan daun pandan.
  3. Masukkan kelapa dan masak dengan api perlahan hingga kelapa agak kering dan melekit. Masukkan gula pasir jika masih kurang manis.
  4. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata. Masak hingga agak kering. Sejukkan.

Cara membuat Kuih:

  1. Campurkan semua bahan dan jadikan doh yang sekata.
  2. Adunan akan melekat sedikit pada tangan.
  3. Tidak perlu tambah tepung kerana ini akan menghasilkan kuih yang lembut dan tidak liat.
  4. Uli adunan ini hingga menjadi satu doh yang lembut dan boleh di bentuk.
  5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang sederhana besarnya. Bentukkan adunan dan isikan inti tadi di tengahnya. Bulat-bulatkan dan celup ke dalam santan masak.
  6. Bungkus adunan itu dengan daun pisang. Buat sehingga selesai.
  7. Panaskan kukusan.
  8. Masukkan bungkusan-bungkusan tadi ke dalam kukusan. Kukus selama 20­ hingga 30 minit (sehingga masak).
  9. Kuih koci siap untuk dihidangkan.