Resepi Kuih Nona Manis

Resepi Kuih Nona Manis

Resepi Kuih Nona Manis

Bahan-Bahan Pertama:

  1. 1/2 Cawan Gula Kastor
  2. 1 biji Telur Gred A
  3. 1 cawan santan
  4. 1 cawan tepung gandum

Bahan-Bahan Bahagian Luar ( Warna Hijau ): 

  1. 1/2 cawan santan pekat
  2. 1/2 cawan air pandan
  3. 1/4 cawan gula kastor
  4. 1/4 cawan tepung jagung
  5. secubit garam
  6. perisa kelapa pandan emulco
  7. pewarna hijau

Bahan-Bahan Inti :

  1. 1 cawan santan pekat
  2. 1 sb tepung gandum
  3. 1/2 st garam

 

Cara Membuat Kuih Nona Manis :

Cara Membuat Bahan Pertama:

  1. Pukul telur hingga kembang.
  2. Dalam bekas berasingan, satukan gula, tepung gandum dan santan.Kacaukan.
  3. Tuangkan campuran tepung ke dalam telur dan kacau sehingga sebati.

Cara membuat Bahagian Luar ( Warna Hijau ): 

  1. Ambil 6 helai daun pandan dan kisar bersama setengah cawan air. Kemudian tapiskan.
  2. Campurkan air pandan tadi bersama dengan gula, santan, tepung jagung, garam, pandan emulco dan pewarna hijau.
  3. Kacau sehingga tiada tepung yang berketul.
  4. Kemudian masak campuran ini sehingga kelihatan berkilat.
  5. Satukan Adunan Bahan A dan Bahagian Luar (Warna Hijau)

Cara membuat Inti :

  1. Satukan kesemua bahan inti dan masakkan sehingga menjadi likat.
  2. Apabila sudah masak, biarkan suam kemudian masukkan ke dalam piping bag.

Cara Penyediaan Keseluruhan Kuih Nona Manis :

  1. Sediakan periuk kukus dan kukus air sehingga periuk panas.
  2. Tuangkan Adunan yang berwarna hijau tadi memenuhi 3/4 acuan kuih lompang.
  3. Masukkan adunan untuk inti yang telah dimasukkan ke dalam piping bag tadi ditengah-tengah acuan.
  4. Balut periuk kukus dengan kain supaya tiada air tidak menitik.
  5. Kukus selama 7 minit.